TARIF ELEKTRIK NAIK-- OOO TE DAAA

pandai2 la guna pelita
BERITA TV3 
temu bual dgn pengguna :
wartawan : apa komen terhadap tindakan kerajaan menaikan tarif elektrik?
pengguna : saya berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak membebankn pengguna yg berpendapatan rendah.

hmee..mudah je...rasa la sendiri nanti

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.

"Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.
Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. 






Katanya, sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. 

"Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang," katanya. 

Muyhiddin berkata, beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka. 
Katanya, hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain. 

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok. 

Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. - BERNAMA

CINTA LIPSTIK - PART 1

CINTA suatu perkataan yang hanya ada 5 huruf manakala LOVE hanya 4 huruf kalau dalam bahasa SARAWAK IBAN dipanggil SAYAU  ada 5 huruf juga, ataupun dalam bahasa ARAB حبّ (hubb) ada 3 huruf, dalam bahasa HINDI yang mane peminat SHAH RUKH KHAN cinta adalah PYARA ada 5 huruf juga dan pilihan bahasa terakhir CINA pulak Ài ada 2 huruf. Inilah perkataan CINTA yang telah memikat ramai hati gadis dan jejaka dengan kalimah yang cukup mudah dan simple. Kalimah ini juga telah menyatukan antara dua hati dan menjalinkan 2 jalinan kekeluargaan, kalimah ini juga telah membawa keAMANan dan keDAMAIan. menurut tok guru wikipedia "CINTA" bermaksud 

"satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayangtarikan, asas kemesraan dankeserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaanemosikelakuanpemikiranpersepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri."

Pada permulaan ini saya kongsikan sepotong ayat dalam surah ALI IMRAN ayat 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” 

Apa kena mengena dengan tajuk??
"CINTA LIPSTIK"??!

Saya akan huraikan CINTA dalam 3 konsep mudah : 
PERTAMA - CINTA CHIPSMORE (kojap ada kojap xda)
KEDUA - CINTA TOUCH N GO
KETIGA - CINTA LIPSTIK
KEEMPAT - CINTA DSLR
AKAN DATANG PART 2


TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT-RUMAH ANAK YATIM HIDAYAH

Terkejut dengan kejadian terbaru pada hari ini. Jom ramai-ramai kta doakan moga ALLAH selamatkan mangsa daripada kalangan Anak-anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa , warden dan kakitangan yang tertimbus dan tercedera. disyorkan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh segera ke sana..


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

Baca lagi »

DSLR NIKON D5100 DAN D3100



Tangan ni terasa gatal nak memetik gambar dengan DSLR. Sekarang ini DSLR sudah tidak asing lagi bagi semua lapisan masyarakat. Mane tak nye, dimana sahaja saya pergi mesti ada budak-budak shoot gambar dengan DSLR ingat "budak-budak". jadi saya yang berusia tidak budak-budak terasa tercabar la. bukan itu saya nak bincangkan, tetapi terlanjur membuka web www.nikon.com.my saya cuba banding antara kedua-dua Isteri bernama DSLR D5100 dan DSLR D3100 yang mana sesuai sebagai seorang yang baru nak mengenali dunia DSLR...WELCOME DSLR IN MY LIFe



Baca lagi »

IMAM MUDA 2011 - IMAM MUDA HASSAN

 TRAINER MOTIVASI www.ipminda.com/blog

ini la calon imam muda anda..yang baju merah tu je, yang lain imam sambilan je..

perwatakan imam muda Hassan, lemah lembut dan susah nak tengok dia marah...

TERUSKAN MENYOKONG PROGRAM2 DAKWAH YANG TERBAIK

IMAM MUDA HASSAN
alunan nasyid NAMA2 NABI
 PARA IMAM MUDA DILANTIK MENJADI CIKGU UTK 2 HARI





DOA BUAT SEMUA GURU

Yaa ALLAH, rahmati guru-guru ku yang selama ini telah mendidik ku sehingga dapat melihat dunia ini dengan ilmu-ilmu yang dikau curahkan pada ku..rahmati mereka, ampunkan dosa mereka dan tempatkan mereka bersama-sama para solehin dan nabi-nabi disurga nanti...ameeeen

tempat-tempat yang pernah saya belajar dan menuntut ilmu....terima kasih guru

sekolah pertama: 1991

tadika islam pengkalan kubor (tak ada gambar)

sekolah kedua : 1992 - 1997

sekolah kebangsaan pengkalan kubor (1)

Baca lagi »

RAHSIA SALiH YA’AKOB – ikon pologami Malaysia

RAHSIA SALiH YA’AKOB – ikon pologami Malaysia

Bakal isteri muda : abang comel, yang saya suka hidung dia

mymetro
Tahniah dan satu perhormatan buat artis Malaysia yang menjadi ikon pologami Malaysia. Walaupun kita sudah maklum yang salih yaakob sudah bermadu tiga tetapi kurang kedengaran angin-angin taufan ribut melanda sarang bermadu mereka. Ni nak tambah lagi satu untuk yang ke EMPAT..waaa, belum kahwin dah siar muka bakal isteri dan dah war-warkan pada media umum. Mustahil lah kalau isteri-isteri yang lain tak tahu. AMACAM bagi yang berhasrat nak kahwin lagi? Ada berani buat macam tu. P ramlee dalam cerita madu tiga pun KAHWIN dulu baru isteri tahu. “pah….butang baju aku mana pah??!!”haha.. Timbul satu soalan, apa rahsianya??? Nak tahu rahsianya cuba dengar lagu-lagu saleh ya’akob..waaa, mane ada artis baru sekarang  boleh mencabar salih bab-bab menyanyi. Lagunya penuh nasihat dan ada tarikan tersendiri. Aku sendiri minat lagu “ gali lubang tutup lubang”  dan “ cuba jangan cuba” dan banyak lagi la. Pasti bila orang yang first time dengar lagu dia akan ulang mainkan kembali lagu dia. Mesti xcukup kalau dengar sekali.


Baca lagi »