Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”
HARI JUMAAT....
saya cuba mempratikkan Sabda Nabi Muhammad SAW yang telah menceritakan berkenaan bersedekah. mafhum dari hadis tersebut bahawa sedekah yang terbaik atau yang paling dipandang oleh Allah ia bersedekah dengan tangan kanan sehingga tangan kiri tidak mengetahuinya.susah jugak hendak memahami maksud ini,tetapi hari ini Allah telah mengajar kepada saya untuk memahaminya.
seusai habis mengajar di sekolah,saya bawa 7 orang murid lelaki islam (dari keluarga muallaf) dan dibantu seorang guru BM. biasalah lelaki,pengurusan diri kadang2 terpinggir. duit seringgit2 warna biru dikumpul2 dari laci dan diletak dalam poket baju kerja. hmmee..xkira pulak berapa yang ada tapi xlebih dari RM10 yang ada dalam poket. Bila sudah sampai masjid maka berhasratlah ingin bersedekah di hari mulia ni. saya seluk poket tu dan ada la beberapa ringgit. Maka tangan kiri saya nak kira berapa yang ada ditangan kanan tu..tiba teringat hadis tersebut. tanpa bertolak ansur dengan tangan kiri maka saya masukkan ke dalam tabung masjid dengan entah mengira berapa jumlah sebenar.
Selesai solat Jumaat maka ingin la menunaikan hasrat membelanja makan pada semua murid2 dan guru BM untuk makan di sebuah kedai makan. Tiba2 di sapa oleh salah seorang bapa murid yang saya bawa. Beliau adalah seorang muallaf..Saya jemput la sekali untuk sama2 makan di kedai tersebut dan dia bersetuju.
Sampai dikedai makan tersebut maka ada banyak sangat kereta tidak seperti kebiasaan. Maka tanya la saya pada tauke kedai tu dan dimaklumkan keesokkan harinya akan diadakan majlis penyampaian bantuan untuk keluarga2 yang susah dan ibu2 tunggal yang dianjurkan oleh sebuah NGO kebajikan. Makanan yang telah ditempah iailah "7 pinggan nasi goreng,3 pinggan nasi kerabu ayam, 1 nasi kerabu bungkus, 3 gelas air bandung dan satu jag air bantu extra". Tiba2 datang anak tauke kedai itu dan memberitahu saya "ustaz...xyah bayar la,kos makan semua2 itu penganjur program kebajikan yang akan setlekan". Alhamdulillah, ikhlas hati saya nak belanja semua,tetapi Allah Maha Kaya. Rupa2nya penganjur itu ada sama2 dikedai makan tersebut.
Mungkin inilah hikmah bersedekah dengan tidak berkira dengan jumlah sedekah kita. kalau dikira nilaian sedekah tiada lah banyak sangat xsampai pun RM10 tetapi Allah bayar balik lebih dari itu kepada kita.
SEDEKAH KURANG RM10 DENGAN TIDAK BERKIRA2 ALLAH BAYAR DENGAN NILAIAN 7 PINGGAN NASI GORENG,3 PINGGAN NASI KERABU AYAM, 1 NASI KERABU
BUNGKUS, 3 GELAS AIR BANDUNG DAN SATU JAG AIR BANTU EXTRA
"ALLAHUAKBAR"
belum selesai lagi....
Berhasrat pula untuk menyumbang untuk program bantuan kebajikan oleh NGO tersebut. Maka petangya hampir2 masuk waktu Maghrib saya ke sebuah kedai runcit dan membeli 12 KG gula dan saya tanya casher "berapa harga seKILO?" dan dia beritahu "Rm 2.10 ustaz". Ooo..ok la dalam otak saya berkira2 bawah Rm50 la..boleh je ni nk bersedekah under bajet katanya.. Saya kembali ke kedai makan tadi untuk serahkan gula itu. Mula la tekak nak dibasahi dengan secawan kopi panas sebelum ke masjid untuk solat Maghrib sambil berborak dengan seorang teman yang baru posting di Sek Men. Masa nak bayar kopi panas, kawan saya " ustaz,biar saya belanja hari ni"..Alhamdulillah..rezeki sungguh hari ni..Dari pagi sampai petang semua ada yang berbaik hati untuk belanja saya..Alhamdulillah. Tiba2 saya terfikir, saya berkira2 untuk bersedekah gula tetapi Allah hanya balas Secawan kopi panas tidak sampai Rm2 harganya..
sekarang baru la saya faham tarbiyah Allah untuk saya pada hari ini.
BERSEDEKAH DENGAN JUMLAH YANG BANYAK TETAPI BERKIRA2 DENGAN ALLAH DALAM SEDEKAHNYA MAKA ALLAH PUN BERKIRA2 UNTUK MEMBALAS SEDEKAH DENGAN SECAWAN KOPI PANAS
"Jangan berkira-kira dengan Allah dalam bersedekah. Kerana Harta yang di SEDEKAHkan itu juga HAK MILIK ALLAH tiada ada apa yang ada atas DUNIA ini adalah MILIK KITA."
"MANUSIA berkejar-kejar mencari PELABURAN yang untung BERGANDA-GANDA, sedekah adalah SAHAM yang dicipta oleh ALLAH untuk HAMBANYA"
TQ ALLAH