Nasihat Buat Hati

..... kdg2 ujian yg mndtg bkn dlm bntuk kpyhn dan ksusahan tp dlm ksngn..inilh ujian yg plg ditakuti oleh glngn yg mcari jalan illahi..krn ujian dlm bntuk ksngan sukar utk kita tidak mngerti,apakh ia kurniaan atau cubaan dr illahi..kbhgiaan bg mrk yg miskin apbila mndpt kekayaan,kbahagian bg org yg sakit apbila dia sembuh,kbahagiaan bagi org yg jahil bila dia mndpt ilmu,kbhagiaan bg 'abid bila dia dpt beribadah kpd Allah dan kbahagiaan org yg mcari Allah bila kosong hatinya drpd manusia..ini kbahgiaan yg dta'rifkn oleh sntgh cendiakawan..dan kata imam ghazali kbhagiaan yg hakiki bila kita dpt bertemu Allah dlm keadaan Allah redha kpd kita..anta dah ade hibrah wan...semasa kita bersama2 kt maahad dulu..sepatutnya anta lebih tahu wan..tak perlu lg utk kita tmpuhi smua2..buat apa kita kejar bnda yg kita blh dpt dgn hnya bjln kaki?buat apa kita mngejar pelangi yg tak pasti..indah hanya pd rupa..bila mentari mnyinar maka hilanglh ia entah kemana..jgnlh kita jd org yg bodoh apatah lg kita jd org yg mmperbodohkn diri kita sndiri..ingat wan,ujian ada dimana2,tp dsebalik sribu ujian yg mnimpa pasti ada hikmah yg tersembunyi..kita akan tahu bila ujian dpt kita duga dan tempuhi..benda yg dikejar pasti akan lari..cukupkah sampan kita utk mnampung sribu mcm bebanan utk kita layari lautan luas yg tdk bertepi?ambkla kata2 sufiah utk bekalan diri..prjlnn yg jauh jgn dbebani..ambikla apa yg patut utk dbekali..usah dipikul apa yg kita mmpu jinjingi..usah dikejar dunia yg sepi..krn bhagia akhirat itu adlah yg pasti...

PENUHI AZAM TAHUM BARU

GERHANA BULAN - 10HB DISEMBER 2011

 CARA SOLAT GERHANA BULAN

Kaifiyyah Solat Gerhana

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara 



berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 


rukuk dan 4 sujud seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA

1. Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى



Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua 


rakaat kerana Allah Taala.

2. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

6. Rukuk

7. I’tidal

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

2. Rukuk

3. I’tidal

4. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

5. Rukuk

6. I’tidal

7. Sujud

8. Tahiyyat akhir

MALAYSIA TEMPAH TIKET KE FINAL SUKAN SEA

Sukan SEA: Malaysia layak ke final 

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH!!!

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. 

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Walaupun bukan satu kelab bola yang mempunyai dana yang kaya raya tetapi mampu menundukkan TERENGGANU dengan tekad yang KUAT..pasukan Negeri Sembilan tak mampu memberi subsidi kepada penyokong2nya untuk tiket yang MAHAL...dia pasukan Negeri Sembilan tak mampu membawa penyokong menaiki bas ditaja..pasukan Negeri Sembilan tak mampu merubah harga tiket yang MAHAL..tapi itu la FORMULA KEMENANGAN NEGERI SEMBILAN berjuang dengan kekurangan dan berjuang dengan keyakinan..berita2 dan akhbar banyak mengwar-warkan skuad penyu akan menang tapi ini lah buktinya..KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH.. 

Bayi selamat dikeluarkan dari celah runtuhan


ERCIS, Turki: Bayi perempuan berusia dua minggu berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah bangunan apartmen, 72 jam selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda timur Turki.

Imej di televisyen negara itu semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah runtuhan.

Bayi bernama Azra Karaduman itu dibawa keluar oleh seorang anggota penyelamat dalam keadaan bogel dan kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota paramedik.
Ketika ditemui anggota penyelamat, bayi itu berada dalam dakapan ibunya.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya katakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. 
Gempa bumi yang berlaku pada Ahad lalu itu meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh-sumber dari berita harian-