hampir sebulan lebih berprogrm NO STOP di hostel pantai PCB sebanyak 8 siri ditambah lagi dengan 1 program dari KEMAS gua musang masa maka tamat la sudah jerja pentarbiayah dan ditarbiyah untuk tahun ini melalui program2..akan saya sematkan memori2 indah disini untuk santapan dan pengajaran semua...NANTIKANNNNNN

SEMASA bersame teman2 berprogram, saya dikejutkan berita tentang keislaman penyanyi orang putih..nak tahu lebih lanjut,,? mari same2 kite baca petikan tulisan kawan baik saya daripada blog syifaarjuna.blogspot.com
joMMMM...
Assalamualaikum..
TERKEJUT..!Itu rasa yang menggegarkan dada arjuna bila terbaca Michael Jackson memeluk Islam. Wahh.. Alhamdulillah.. Ini kali kedua 'orang kulit hitam' membuat kejutan besar dalam tahun ini. Pertamanya, ketika kemenangan Obama dalam Pilihanraya Presiden A.S dan bakal menerajui negara yang paling berkuasa di dunia. Sekarang pula adalah berita yang minda arjuna santap sebentar tadi. Michael Jackson yang dikenali dengan tarian hebatnya dan suaranya yang diminati ramai serta mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia telah mendapat hidayah Allah dengan memeluk Islam..!
Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberi hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).-Surah Yunus (25)
Nama Islam Michael Jackson ialah Mikaeel yang merupakan juga nama malaikat pemberi rezeki.Semoga hidayah itu akan berkekalan hingga beliau menjadi muslim yang mukmin, insyAllah. Bolehlah Mikaeel berduet dengan Yusuf Islam selepas ini....!(><)- salam syifa

ASSALAMUALAIKUM teman2 seperjuangan...
bulan NOVEMBER DAN DISEMBER merupakan bulan2 yang sangat2 buat tuan punya badan ni busy..hmee,maklum la cuti sekolah ni ramai sangat yang nak hantar anak2 mereka ke program2 motivasi. saya masih lagi join dalam syarikat motivasi IP MINDA SDN BHD mcm tahun2 lepas..sebagai staf sementara bersama sahabat saya asyraf artis..he3..ada la sekali sekala terpaksa dan memang nak pun untuk mengisi slot2 yang kosong.ha3
terasa memang xlarat nak teruskan tapi dengan niat ikhlas kerana NYA saya gagahi jua...kerana ape?kerana mereka yang datang mengharapkan sesuatu dari kita sebagai fasi, pengurus dan abang kepada adik2 kita...
MENTARBIYAH DAN DITARBIYAH SUATU KEWAJIBAN
Tiada yang mustahil bagi kita andai kita mampu berfikiran positif..kejayaan, perubahan, kehidupan, kegembiraan, kasih sayang dan rahmat dari tuhan bermula dari kita berfikir yakni berfikir secara positif..set niat kita, kuasai daya fikiran positif dan insyallah kita mampu..BERFIKIRLAH ATAS ZIKIR PADA NYA
PERUT BUNCIT PENDEK UMUR
LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda. Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.
"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.
Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.
"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Agensi

