GERHANA BULAN - 10HB DISEMBER 2011

 CARA SOLAT GERHANA BULAN

Kaifiyyah Solat Gerhana

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara 



berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 


rukuk dan 4 sujud seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA

1. Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى



Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua 


rakaat kerana Allah Taala.

2. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

6. Rukuk

7. I’tidal

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

2. Rukuk

3. I’tidal

4. Baca Surah al-Fatihah dan Surah

5. Rukuk

6. I’tidal

7. Sujud

8. Tahiyyat akhir

MALAYSIA TEMPAH TIKET KE FINAL SUKAN SEA

Sukan SEA: Malaysia layak ke final 

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH!!!

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. 

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Walaupun bukan satu kelab bola yang mempunyai dana yang kaya raya tetapi mampu menundukkan TERENGGANU dengan tekad yang KUAT..pasukan Negeri Sembilan tak mampu memberi subsidi kepada penyokong2nya untuk tiket yang MAHAL...dia pasukan Negeri Sembilan tak mampu membawa penyokong menaiki bas ditaja..pasukan Negeri Sembilan tak mampu merubah harga tiket yang MAHAL..tapi itu la FORMULA KEMENANGAN NEGERI SEMBILAN berjuang dengan kekurangan dan berjuang dengan keyakinan..berita2 dan akhbar banyak mengwar-warkan skuad penyu akan menang tapi ini lah buktinya..KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH.. 

Bayi selamat dikeluarkan dari celah runtuhan


ERCIS, Turki: Bayi perempuan berusia dua minggu berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah bangunan apartmen, 72 jam selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda timur Turki.

Imej di televisyen negara itu semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah runtuhan.

Bayi bernama Azra Karaduman itu dibawa keluar oleh seorang anggota penyelamat dalam keadaan bogel dan kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota paramedik.
Ketika ditemui anggota penyelamat, bayi itu berada dalam dakapan ibunya.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya katakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. 
Gempa bumi yang berlaku pada Ahad lalu itu meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh-sumber dari berita harian-


Bayi berusia 2 minggu terselamat dari runtuhan gempa di turki


YAA ALLAH, selamatkan mangsa gempa bumi di Turki..Ameeen..satu persatu bumi ini semakin melupakan yang manusia masih ada di bumi ini. benar lah peristiwa Nabi semasa ISRA' dan MIKRAJ yang Nabi bertemu dengan serang perempuan tua yang bongkok kerana keterlampauan usia.


  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril bahawa itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat
difahamkan hampir 100 ekor buaya berkeliar bebas di kawasan banjir AYUTTHAYA
Kawasan perindustrian lumpuh
banjir di Thailand bagaikan tiada tanda-tanda banjir akan surut, bah kan banjir di Thailand bertambah buruk bila mereka akan menghadapi air padang besar dan ribut tropika yang mana gelombang pertama belum lagi tamat maka gelombang kedua akan menyusur. Pengkaji bumi ada menyatakan bahawa Kota Bangkok dan kota jakarta bakal tenggelam. 



sebentar tadi diberitakan oleh TV3 bahawa seorang bayi baru sahaja 2 minggu kelahiran atau 14 hari umurnya telah terselamat daripada runtuhan. walaupun hampir 24 jam terperangkap, bayi itu dengan KUASA ALLAH telah terselamat. Bayi itu dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian hanya diselimuti sehelai kain._mungkin esok berita lebih detail akan dipaparkan.

PERSONALITI MENURUT AL IMAM AL GHAZALI

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN PENDEKATAN HUMANIS

PERSPEKTIF ISLAM-RINGKAS DAN MUDAH DIFAHAMI
Menurut Imam Al-Ghazali :

Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi personaliti
-         hati
-         nafs
-         akal

Hati
-         merujuk kepada rohaniah manusia.
-         Pusat kepada naluri rasional.
-         Hati individu dikatakan sebagai “qalbun”.
-         Hati yang berkualiti tinggi dipanggil “lubbun”. Lahirnya cetusan hati (intuition) yang rasional dan ikhlas membimbing akal.
-         Hati “fuaadun” adalah hati individu yang sudah tetap pendirian dan mantop.

Nafs
-         merujuk sebagai tabiie keinginan.
-          Nafs ammarah
-         Nafs mardiah.
-         Nafs kamilah.

Nafs terdapat 7 tahap :

1-     Nafs ammarah
2-     Nafs lawwamah
3-     Nafs mulhamah
4-     Nafs mutmainnah
5-     Nafs radiah.
6-     Nafs mardiah
7-     Nafs kamilah.

Akal
-         membolah manusia membentuk konsep, generalisasi dan berdaya rasional.
-         Tiga jenis akal :
o   Berfungsi kepada apa yang dilihat sahaja. Akal kanak-kanak berumur dua tahun kebawah.
o   Akal biasa.  Pemikiran individu yang dicorakkan oleh apa yang dilihat lalu menolak perkara yang abstrak.
o   Akal taakulan. (akal tadabbur). Berupayaan menganalisis sesuatu perkara berdasarkan sebab musabbab. Berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan keimanan.