KISAH 12KG GULA DENGAN SECAWAN KOPI PANAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: 
“Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”


HARI JUMAAT....
saya cuba mempratikkan Sabda Nabi Muhammad SAW yang telah menceritakan berkenaan bersedekah. mafhum dari hadis tersebut bahawa sedekah yang terbaik atau yang paling dipandang oleh Allah ia bersedekah dengan tangan kanan sehingga tangan kiri tidak mengetahuinya.susah jugak hendak memahami maksud ini,tetapi hari ini Allah telah mengajar kepada saya untuk memahaminya.

seusai habis mengajar di sekolah,saya bawa 7 orang murid lelaki islam (dari keluarga muallaf) dan dibantu seorang guru BM. biasalah lelaki,pengurusan diri kadang2 terpinggir. duit seringgit2 warna biru dikumpul2 dari laci dan diletak dalam poket baju kerja. hmmee..xkira pulak berapa yang ada tapi xlebih dari RM10 yang ada dalam poket. Bila sudah sampai masjid maka berhasratlah ingin bersedekah di hari mulia ni. saya seluk poket tu dan ada la beberapa ringgit. Maka tangan kiri saya nak kira berapa yang ada ditangan kanan tu..tiba teringat hadis tersebut. tanpa bertolak ansur dengan tangan kiri maka saya masukkan ke dalam tabung masjid dengan entah mengira berapa jumlah sebenar.

Selesai solat Jumaat maka ingin la menunaikan hasrat membelanja makan pada semua murid2 dan guru BM untuk makan di sebuah kedai makan. Tiba2 di sapa oleh salah seorang bapa murid yang saya bawa. Beliau adalah seorang muallaf..Saya jemput la sekali untuk sama2 makan di kedai tersebut dan dia bersetuju.

Sampai dikedai makan tersebut maka ada banyak sangat kereta tidak seperti kebiasaan. Maka tanya la saya pada tauke kedai tu dan dimaklumkan keesokkan harinya akan diadakan majlis penyampaian bantuan untuk keluarga2 yang susah dan ibu2 tunggal yang dianjurkan oleh sebuah NGO kebajikan. Makanan yang telah ditempah iailah "7 pinggan nasi goreng,3 pinggan nasi kerabu ayam, 1 nasi kerabu bungkus, 3 gelas air bandung dan satu jag air bantu extra". Tiba2 datang anak tauke kedai itu dan memberitahu saya "ustaz...xyah bayar la,kos makan semua2 itu penganjur program kebajikan yang akan setlekan". Alhamdulillah, ikhlas hati saya nak belanja semua,tetapi Allah Maha Kaya. Rupa2nya penganjur itu ada sama2 dikedai makan tersebut. 

Mungkin inilah hikmah bersedekah dengan tidak berkira dengan jumlah sedekah kita. kalau dikira nilaian sedekah tiada lah banyak sangat xsampai pun RM10 tetapi Allah bayar balik lebih dari itu kepada kita.

SEDEKAH KURANG RM10 DENGAN TIDAK BERKIRA2 ALLAH BAYAR DENGAN NILAIAN PINGGAN NASI GORENG,3 PINGGAN NASI KERABU AYAM, 1 NASI KERABU BUNGKUS, 3 GELAS AIR BANDUNG DAN SATU JAG AIR BANTU EXTRA
"ALLAHUAKBAR"

belum selesai lagi....

Berhasrat pula untuk menyumbang untuk program bantuan kebajikan oleh NGO tersebut. Maka petangya hampir2 masuk waktu Maghrib saya ke sebuah kedai runcit dan membeli 12 KG gula dan saya tanya casher "berapa harga seKILO?" dan dia beritahu "Rm 2.10 ustaz". Ooo..ok la dalam otak saya berkira2 bawah Rm50 la..boleh je ni nk bersedekah under bajet katanya.. Saya kembali ke kedai makan tadi untuk serahkan gula itu. Mula la tekak nak dibasahi dengan secawan kopi panas sebelum ke masjid untuk solat Maghrib sambil berborak dengan seorang teman yang baru posting di Sek Men. Masa nak bayar kopi panas, kawan saya " ustaz,biar saya belanja hari ni"..Alhamdulillah..rezeki sungguh hari ni..Dari pagi sampai petang semua ada yang berbaik hati untuk belanja saya..Alhamdulillah. Tiba2 saya terfikir, saya berkira2 untuk bersedekah gula tetapi Allah hanya balas Secawan kopi panas tidak sampai Rm2 harganya..

sekarang baru la saya faham tarbiyah Allah untuk saya pada hari ini. 

BERSEDEKAH DENGAN JUMLAH YANG BANYAK TETAPI BERKIRA2 DENGAN ALLAH DALAM SEDEKAHNYA MAKA ALLAH PUN BERKIRA2 UNTUK MEMBALAS SEDEKAH DENGAN SECAWAN KOPI PANAS

"Jangan berkira-kira dengan Allah dalam bersedekah. Kerana Harta yang di SEDEKAHkan itu juga HAK MILIK ALLAH tiada ada apa yang ada atas DUNIA ini adalah MILIK KITA."

"MANUSIA berkejar-kejar mencari PELABURAN yang untung BERGANDA-GANDA, sedekah adalah SAHAM yang dicipta oleh  ALLAH untuk HAMBANYA"

TQ ALLAH


KURSUS INDUKSI SSM


ASAS PENILAIAN

Penilaian Modul Induksi Umum Kursus Induksi SSM bagi Kumpulan I adalah dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Bil.2 Tahun 1992 JPA 241/46 Jld.4 (68) bertarikh 31 Julai 1992. Penilaian tersebut adalah seperti berikut:

  • Ujian Akhir Kursus (UAK) = 40%
  • Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) = 60%


PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

Pemerhatian Fasilitator = 20%
Tugasan Individu = 20%
Tugasan Kumpulan = 20%

UJIAN AKHIR KURSUS

Ujian Akhir Kursus (UAK) dijalankan setelah peserta tamat mengikuti Modul Khusus dan Modul Umum.Seksyen A (Masa 40 minit)
  • Objektif (Aneka Pilihan) 40 soalan = 40 markah
  • Seksyen B (Masa 2 jam 30 minit)
  • Subjektif (Esei) 8 soalan = 60 markah, Jawab 2 soalan daripada Bahagian 1 dan 2 soalan daripada Bahagian 2



KOLEKSI SOALAN KISSM SERTA JAWAPAN

dimaklumkan bahawa soalan kursus induksi ini berulang-ulang jadi ape lagi..baca dan ingat

KLIK DISINI



TEKNIK BELAJAR BERKESAN

fazdilah come to me vs dato dr fazdilah 5
TEKNIK BELAJAR BERKESAN
Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV
  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

Baca lagi »

Proton Preve - KOLEKSI GAMBAR

SIAPA PEMILIK PERTAMA KERETA PROTON PREVE?

warna proton preve 










Proton Preve bertaraf GLOBAL dilancarkan


Harga Proton Preve antara RM62,000 – RM75,000 mengikut model enjin 1.6 liter yang ditawarkan dalam tiga varian harga. Nak dapat maklumat terkini dan gambar Proton Preve lansung sahaja ke blog automotive Malaysia Paultan.org


Ciri-Ciri Kereta Proton Preve [sumber]
  • Auto fold/unfold side mirror – Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  • Auto Off Rear Demister – Mengelakan tint menggelembung
  • Follow Home Lamp

Baca lagi »

SUDAH JADI SUAMI

ALHMDULILLAH..semasa saya menulis post ni isteri saya sudah mengandung anak sulong kami 5bulan lebih..ALHAMDULILLAH,belum sampai setahun usia perkahwinan kami kami sudah diangkat oleh ALLAH ke satu lagi darjat tertinggi iaitu menjadi WALI bagi anak sulong saya nanti..


walaupun saya sebagai suami tidak  se kacak AIDIL ZAKUAN dan tidak sehebat Safie Sali dalam mengawal dan menjaringkan gol yang membuatkan berjuta peminat bola bersorak dan berbangga.

AIDIL MENCERAIKAN RITA DENGAN SM


Sehebat bagaimana sekali pun mereka dalam ape2 bidang,tetapi dalam bab rumah tangga mereka tidak ada daya ketahanan dalam mengukuhkan ikatan PERNIKAHAN. Mereka hebat mengawal bola,menyerang dan menjaringkan gol tetapi gagal melawan hasutan yang menjerumuskan ke jalan perceraian.

moga ikatan yang dijalinkan ATAS NAMA CINTA PADA ALLAH ini akan kukuh dan berkekalan sehingga KE SURGA.

"pernikahan kami tidak lah sepopular mereka yang lain, tiada sponsor tiada pelamin bermahligai indah, tapi kami akan pastikan setiap perjalanan hidup suami isteri di sulami Redha dan Mahabbah kasih ILAHI" ---AMEN--