2 ORANG KULIT HITAM MENGEMPARKAN DUNIA TAHUN INI




SEMASA bersame teman2 berprogram, saya dikejutkan berita tentang keislaman penyanyi orang putih..nak tahu lebih lanjut,,? mari same2 kite baca petikan tulisan kawan baik saya daripada blog syifaarjuna.blogspot.com

joMMMM...

Assalamualaikum..
TERKEJUT..!Itu rasa yang menggegarkan dada arjuna bila terbaca Michael Jackson memeluk Islam. Wahh.. Alhamdulillah.. Ini kali kedua 'orang kulit hitam' membuat kejutan besar dalam tahun ini. Pertamanya, ketika kemenangan Obama dalam Pilihanraya Presiden A.S dan bakal menerajui negara yang paling berkuasa di dunia. Sekarang pula adalah berita yang minda arjuna santap sebentar tadi. Michael Jackson yang dikenali dengan tarian hebatnya dan suaranya yang diminati ramai serta mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia telah mendapat hidayah Allah dengan memeluk Islam..!

Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberi hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).-Surah Yunus (25)

Nama Islam Michael Jackson ialah Mikaeel yang merupakan juga nama malaikat pemberi rezeki.Semoga hidayah itu akan berkekalan hingga beliau menjadi muslim yang mukmin, insyAllah. Bolehlah Mikaeel berduet dengan Yusuf Islam selepas ini....!(><)- salam syifa

kesibukan berprogram sane sini


ASSALAMUALAIKUM teman2 seperjuangan...
bulan NOVEMBER DAN DISEMBER merupakan bulan2 yang sangat2 buat tuan punya badan ni busy..hmee,maklum la cuti sekolah ni ramai sangat yang nak hantar anak2 mereka ke program2 motivasi. saya masih lagi join dalam syarikat motivasi IP MINDA SDN BHD mcm tahun2 lepas..sebagai staf sementara bersama sahabat saya asyraf artis..he3..ada la sekali sekala terpaksa dan memang nak pun untuk mengisi slot2 yang kosong.ha3



terasa memang xlarat nak teruskan tapi dengan niat ikhlas kerana NYA saya gagahi jua...kerana ape?kerana mereka yang datang mengharapkan sesuatu dari kita sebagai fasi, pengurus dan abang kepada adik2 kita...

MENTARBIYAH DAN DITARBIYAH SUATU KEWAJIBAN

Antara KATAK dan LALAT siapa yang kuat?saksikan video ni...


Tiada yang mustahil bagi kita andai kita mampu berfikiran positif..kejayaan, perubahan, kehidupan, kegembiraan, kasih sayang dan rahmat dari tuhan bermula dari kita berfikir yakni berfikir secara positif..set niat kita, kuasai daya fikiran positif dan insyallah kita mampu..BERFIKIRLAH ATAS ZIKIR PADA NYA

BALIK KAMPUNGGGGG..!!!


duhai bonda dan ayahda..tunggu kepulangan anak mu ini di airport kota bharu bandaraya islam...berlepas 7.40pm dan sampai 8.45pm dengan flight AIRASIA AK6328

TERBACA BERITA MENARIK DALAM BERITA HARIAN..JOM BACA


PERUT BUNCIT PENDEK UMUR

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda. Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.

"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Agensi

TOPUP MUSIM CUTI-PADA PELANGGAN SETIA AJEE


Cuti ni memang ada dikalangan kite yang susah nak cari topup mksudnye nak topup RM3, RM4, RM++...cuti ni pun saya pun busy sgt jadi same2 kita wat persediaan awal..bank in pada saya duit topup awal2 dan saya akan simpan untuk korang semua dan topupkn bile korang minta..senang je, korang senang topup saye pun senang nak jual..dalam kebusyan cuti ni saya xsempat ke bank utk bank in,SOOOO...kite bank in awal2 siap2..

walaubagaimana pun jualan topup akan mcm biasa tp terpulang pada baki bank topup yang saya ada..kalu ada leh tpoup kalu xde xleh topup....

so jd nak mudah..

1- bank in pada saya awal2 contoh RM150
2-send msg pada saya bile nak topup contoh TOPUP RM3 0131234567
3-tunggu reply dari saya dan dapat topup.

sebarang masalah boleh hubungi saya..no korang dah ade kan?hehe

TIKET PULANG KE KAMPONG HALAMAN TERCINTA

-booking tiket balik kota bharu-
Syukur pada ilahi atas kemudahan yang disediakan bagi umat manusia agar cepat,pantas dan selamat...mg dengan Allah berkati dan rahmati perjalanan kami ini..serta dimurahkan rezeki...

-mcm anak bulan ramaddan-

penat bw moto, berhenti rehat solat asar di masjid yang cukup cantik..masjid klia sepang..sempat baring ambik gambar kubah dalam masjid..cukup cantik..cantik sgt3..tersgt la cantik..hehe~

MUAFAKAT DENGAN DIRI SENDIRI-DR TUAH



“Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan”

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”
Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”
Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.
Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.
Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.
Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.
Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.
Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan. Dr.Tuah

penyeri gerbang maya

AHLAN WASAHLAN....

blog ini selamat dirasmikan pada 15 november 2008.

LKARAN HEARTY bererti suatu luahan,kritikan,cadangan serta tulisan dari keikhlasan hati.