MALAM BERSAMAMU PALESTIN

HENTIKAN TANGISAN KU


ya tuhan...apa yang saudara ku rasai sekarang ini disana? adakah mereka gembira seperti mana daku disini?adakah mereka mampu berborak2 dengan kawan-kawan rapat mereka?adakah mereka masih memikirkan kedai makan mane yang mereka nak pergi selepas ini?ya tuhan..kehidupan mereka tidak same dengan daku disini..andainya ALLAH tukarkan ape yang mereka rasa kita rasa dan yang kita rasa mereka rasa, bagaimana agaknya???

wahai sahabat sekalian, aku tersentap bila baca paper semalam yang ada laporan menyatakan bahawa peperangan di bumi palestin adalah peperangan penghapusan etnik palestin. sedarlah semua, sebenarnya peperangan yang berlaku disana adalah
peperangan akidah, perjuangan akidah, tangisan akidah dan kematian mempertahankan akidah. peperangan dibumi palestine adalah suatu peperangan yang mewakili kita semua, yaa! kita semua...! tapi hati kita mati dengan tidak merasa perjuangan mereka disana..mati dengan makanan yahudi, mati dengan pakaian yahudi, mati dengan hiburan yahudi, mati dengan politik yahudi...bodoh!siapa bodoh?tanya la hati....

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA


Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

jom berprogram bersama kami

Program motivasi yang kami jalankan mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Kekuatan program ini terletak pada modulnya dan fasilitatornya yang mempunyai pengalaman dakwah yang luas di dalam membentuk sahsiah diri seseorang insan.

Modul dan Perjalanan Program
1. Modul-modul yang disediakan adalah hasil kajian dan pengalaman dakwah yang digabungkan dengan kepakaran professional dari golongan academician, pembangunan sumber manusia, pentadbir, pengurus dan trainer.
2. Dalam menyampaikan modul kami sangat mengambil berat tentang adab-adab penyampaian ilmu agar sentiasa di dalam keadaan dipimpin dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Pemilik segala ilmu.
3. Modul-modul ini dipersembahkan secara interaktif dengan menggunakan kaedah kontemporari bersifat multidimensi.
4. Modul-modul disampaikan di dalam bahasa yang lunak, mudah dan menyentuh hati.
5. Sepanjang perjalanan program akan dipenuhi dengan doa-doa, zikir-zikir dan alunan nasyid tema yang ada kaitannya dengan tajuk kuliah untuk
penghayatan peserta.
6. Sembahyang fardhu secara berjemaah diwajibkan untuk mencetuskan suasana keharmonian dan ketenangan sepanjang program.
7. Disiplin peserta amat dititik beratkan sepanjang program seperti akhlak,pergaulan, penjagaan masa dan adab-adab yang murni.

8. Setiap aktiviti yang dijalankan terfokus untuk mencetuskan kesedaran, keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri supaya bertekad untuk melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.Perubahan ini merupakan hidayah dari Allah S.W.T.

kereta saper ni??

sajak : "kisah seorang adam"

Kisah seorang adam

Hati ini berjiwa suci

Sesuci embun dinihari

Tak kan tercemar walaupun sekali

Kerna ku kenali siapa diri ini

Aku adalah seorang pemimpin insan

Menyeru kearah kema’arufan

Kata-kata ku dijadikan panduan

Inspirasiku menjadi sanjungan

Ku yakini diri ini seutuh awan di langit tinggi

Tak kan rebah andai taufan menemani

Sinar impian ku takkan sirnah lagi

Kerna diri ini ku kenali

Sedetik dihati terasa sunyinya alam ini

Bagai hati yang terkunci di sangkar baiduri

Ingin Mencari cinta dari sang puteri

Buat Tempat mengadu luahan rindu di hati

Lantaran itu ku temui seorang bidadari

Ku rasa dialah penyeri dihati yang sepi

Mengubat nestapa seorang lelaki

Ku yakini dialah cinta ku yang sejati

Setiap saat berlalu pergi

Ku lakarkan namanya pada setiap helaian diari

Celik mata ku bagai si buta berlari sendiri

Tidur mimpi ku bagai ku cipta sendiri

Ku hayut di buai leindahan wajah penyeri duniawi

Masa ku hasibkan melayan kata-kata hati

Tak cukup ku luahkan pada jari jemari

Ku untaikan pada kalam perbicaraan yang tiada henti

Asyik daku hingga terlupa pada teman disisi

Kejantanan sebagai pejuang ilahi pudar warnanya

Teman tak ku peduli kerna daku sudah miliki insan di hati

Semangat yang dulu tak ku hiraukan lagi

Semuanya kerna ku sudah miliki cinta yang ku cari

Dulu daku lah pemuda pembakar motivasi

Dulu daku lah pemuda yang dicontohi

Kini hidup ku hanya pada cinta dihati

Kini ku layan rindu gelora insan ku cinta

uwise cipta