TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. 

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Walaupun bukan satu kelab bola yang mempunyai dana yang kaya raya tetapi mampu menundukkan TERENGGANU dengan tekad yang KUAT..pasukan Negeri Sembilan tak mampu memberi subsidi kepada penyokong2nya untuk tiket yang MAHAL...dia pasukan Negeri Sembilan tak mampu membawa penyokong menaiki bas ditaja..pasukan Negeri Sembilan tak mampu merubah harga tiket yang MAHAL..tapi itu la FORMULA KEMENANGAN NEGERI SEMBILAN berjuang dengan kekurangan dan berjuang dengan keyakinan..berita2 dan akhbar banyak mengwar-warkan skuad penyu akan menang tapi ini lah buktinya..KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH.. 

Bayi selamat dikeluarkan dari celah runtuhan


ERCIS, Turki: Bayi perempuan berusia dua minggu berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah bangunan apartmen, 72 jam selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda timur Turki.

Imej di televisyen negara itu semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah runtuhan.

Bayi bernama Azra Karaduman itu dibawa keluar oleh seorang anggota penyelamat dalam keadaan bogel dan kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota paramedik.
Ketika ditemui anggota penyelamat, bayi itu berada dalam dakapan ibunya.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya katakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. 
Gempa bumi yang berlaku pada Ahad lalu itu meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh-sumber dari berita harian-


Bayi berusia 2 minggu terselamat dari runtuhan gempa di turki


YAA ALLAH, selamatkan mangsa gempa bumi di Turki..Ameeen..satu persatu bumi ini semakin melupakan yang manusia masih ada di bumi ini. benar lah peristiwa Nabi semasa ISRA' dan MIKRAJ yang Nabi bertemu dengan serang perempuan tua yang bongkok kerana keterlampauan usia.


  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril bahawa itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat
difahamkan hampir 100 ekor buaya berkeliar bebas di kawasan banjir AYUTTHAYA
Kawasan perindustrian lumpuh
banjir di Thailand bagaikan tiada tanda-tanda banjir akan surut, bah kan banjir di Thailand bertambah buruk bila mereka akan menghadapi air padang besar dan ribut tropika yang mana gelombang pertama belum lagi tamat maka gelombang kedua akan menyusur. Pengkaji bumi ada menyatakan bahawa Kota Bangkok dan kota jakarta bakal tenggelam. 



sebentar tadi diberitakan oleh TV3 bahawa seorang bayi baru sahaja 2 minggu kelahiran atau 14 hari umurnya telah terselamat daripada runtuhan. walaupun hampir 24 jam terperangkap, bayi itu dengan KUASA ALLAH telah terselamat. Bayi itu dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian hanya diselimuti sehelai kain._mungkin esok berita lebih detail akan dipaparkan.

PERSONALITI MENURUT AL IMAM AL GHAZALI

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN PENDEKATAN HUMANIS

PERSPEKTIF ISLAM-RINGKAS DAN MUDAH DIFAHAMI
Menurut Imam Al-Ghazali :

Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi personaliti
-         hati
-         nafs
-         akal

Hati
-         merujuk kepada rohaniah manusia.
-         Pusat kepada naluri rasional.
-         Hati individu dikatakan sebagai “qalbun”.
-         Hati yang berkualiti tinggi dipanggil “lubbun”. Lahirnya cetusan hati (intuition) yang rasional dan ikhlas membimbing akal.
-         Hati “fuaadun” adalah hati individu yang sudah tetap pendirian dan mantop.

Nafs
-         merujuk sebagai tabiie keinginan.
-          Nafs ammarah
-         Nafs mardiah.
-         Nafs kamilah.

Nafs terdapat 7 tahap :

1-     Nafs ammarah
2-     Nafs lawwamah
3-     Nafs mulhamah
4-     Nafs mutmainnah
5-     Nafs radiah.
6-     Nafs mardiah
7-     Nafs kamilah.

Akal
-         membolah manusia membentuk konsep, generalisasi dan berdaya rasional.
-         Tiga jenis akal :
o   Berfungsi kepada apa yang dilihat sahaja. Akal kanak-kanak berumur dua tahun kebawah.
o   Akal biasa.  Pemikiran individu yang dicorakkan oleh apa yang dilihat lalu menolak perkara yang abstrak.
o   Akal taakulan. (akal tadabbur). Berupayaan menganalisis sesuatu perkara berdasarkan sebab musabbab. Berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan keimanan. 

KENAPA BUDAK PEREMPUAN YANG DIGILIS DI CHINA DIBIARKAN

dimaklumkan undang-undang di China lain dari yang lain...seperti dimaklumkan di dalam TV3

Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup.

ada terdapat dalam satu blog (http://anneraini.blogspot.com) ada menceritakan kalau kita bantu orang yang dalam kecelakaan di China mungkin kita akan dipersalahkan dan akan menanggung kos perubatan si mangsa walaupun dengan niat menolong...baca kat blog tuan punya ye diatas

tapi terkini dimaklumkan bahawa budak perempuan tersebut telah meninggal dunia..kesahihan berita saya tidak pasti. tapi ape yang meresahkan kalau la kita melancong ke CHINA tiba2 berlaku kecelakaan,adakah kita akan ditolong atau dibiarkan..kalau lah takut menolong takut DIDAKWA, caranya nak mengelak didakwa mudah je semudah 1 2 3 : 

1) cari public phone
2)call ambulan kecemasan atau polis
3) sembunyikan identiti

kebanyakan barang yang kita beli adalah MADE IN CHINA tak kan perkara kecil ini pun xleh nak difikirkan..UNDANG-UNDANG China membentuk SIKAP masyarakatnya.----luahan hati kering---

BUDAK PEREMPUAN KENA GILIS DI CHINA-TERKINI

BAYANGKAN INI ADALAH ANAK KALIAN ATAU SALAH SEORANG DARI KELUARGA ANDA
Seorang budak perempuan yang berusia dua tahun yang telah dilanggar oleh kenderaan dalam kemalangan langgar dan lari di China telah diabaikan oleh lebih daripada sedozen orang ramai oleh kerana dia berbaring kritikal cedera di jalan raya.
van yang melanggar budak perempuan itu  berhenti seketika, sebelum pemandu berterusan,menghancurkan kanak-kanak itu sekali lagi di bawahnya dengan menggunakan  tayar van belakang. Apa yang dibentangkan seterusnya adalah boleh dikatakan lebih mengejutkan. Sehingga ke 18 orang yang lalu-lalang  yang dilihat dalam rakaman telah mengabaikan Yueyue pada waktu itu dia dalam  kritikal cedera dan berdarah di jalan raya.

Baca lagi »