RM 3.20 dapat belanja 3 orang


alkisah ni sekadar perkongsian buat semua dari pengalaman seorang insan kerdil....

pada suatu petang ada seorang kawan bertanya "puasa x??"..saya jawab " xpuasa la xlarat sgt td"..kawan saya pun jawab "em, ok...ingat nak ajak berbuka same2 sbb janji smlm nk buka puasa same.." saya pun jawab.."em, sory la..jom pi pi PKNS bangi cari lauk berbuka sambil2 saya nk beli nasi kukus kat sane" dia pn jawab " em, xpe la.." dia berkata lagi " jom pi berbuka same2 aku belanja" terkejut saya dibuatnya, sbb kawan saya ni jarang2 nk belanja kawan dia ni..huhu. saya pun dengan selambe berkata "betul ke??!!ok je boleh aje, jom"

pada pukul 6.20 ptg sebagai mane yg dijanjikan kami keluar pi cari kedai makan..saya biasa la keluar dengan keta myvi ku..bersama saya seorang lagi kawan mantan SU kehormat JPP..so kami bertiga keluar la cari kedai makan...punya main terfikir kemane la nak pi nie...dah boring duk asyik makan kat kedai yang same je..so terfikir la satu kedai makan yang dikate org sedap la jgk..kat s.7...so pergi la kami ke sane..dalam perjalanan kesane kami terfikir nape la budak ni nak belanje kami…?pelik jgk…maka dia cite la..masa tgh ari td ada sorang kakak KPLI minta tlg dia cari sesuatu yang sgt2 penting dalam internet, kakak tu mungkin xpandai guna internet kot tu yg pi suruh budak ni,hehe…so dia cari perkara yang sangat penting tu..maka dia cari dan jumpe maka terus dia print out..baik punya la 2..kakak tu pun sangat seronok la bila dapat perkara yang sangat penting tu..disebabkan terlau seronok maka secara ikhlas terhulur la 3 keping wang bernilai RM 10 jumlah semua RM30 tuuuuu…wow, banyak tu..maka mungkin dalam tolak menolak maka terpaksa la kawan saya nie ambik..rezeki kate kan…mungkin berkat dia puasa..maka disebabkan itu la pada hari ni kawan saya bermurah hat ink belanja saya dan mantan SU JPP…em,ok je…

apabila sampai kat kedai tunggu la kami nk masuk waktu berbuka..saya yang xpuasa pun buat2 berlakon puasa la semata2 nak menghormati kawan saya yang berpuasa ni..dekat2 nak masuk maka kami order la makanan..kawan saya berpuasa ni dia order nasi putih lauk ayam percik,lala masak lemak satu pinggang ..lala masak lemak tu berharga RM8 satu..wow!!mahal toi…air dia order sirap laici..saya pulak order nasi putih dengan daging masak samudera dua ketul..besar2 daging tu bersama tembikai laici..emmm..sedapppp..kawan saya yang mantan SU JPP ni pulak order laksam campur laksa satu pinggan bertimbun2 samapai xabis dibuatnye bersama the O limau ais…maka kami makan la….harga saya dah tak kisah,maklum la orang belanja…lantak sakan la kami..hehehe…

apabila selesai makan kami nk pi solat mgrb pulak…maka kawan saya yang nk belanja ni pi la bayar..tiba2 saya tengok air muka dia berubah..emm,dah agak dah..mesti MAHAL giler ni..dalam perjalanan nk ke masjid,dia senyap je..terkedu kot..saya pun tanya la.. “syeikh, berapa harga kite makan tadi??” dia pun dgn suara perlahan menjawab “emm,,RM33.20” terkejut kami dibuatnye..mahal sangat tu…kawan saya ni mungkin terkedu sbb mungkin dalam kepala nk belanja kurang harga dari RM30 dari hasil duit kakak yang baik hati bagi tgh ari td..dalam hati saya terasa juga kecian, tp xpe la..huhu

sampai shj kami kat masjid, saya pun solat la..sebaik sahaja saya selesai solat saya pun terpikir pasal kawan saya yang baik hati yang belanja kami..ape yang saya fikir???emm..saya terfikir…sebenarnya kawan say ni memang baik hati sbb ajak kami dan belanja kami makan…mungkin sebab berkat dia puasa sunat ari isnin ALLAH kurniakan rezeki melalui perantaraan melalui kakak KPLI yang minta tolong..walaupun pertolongan ni xseberapa tp kakak tu hadiahkan dia wang sebanyak RM30…bagi saya banyak juga tu jumlahnye..sebenarnya, dia (kawan saya yang belanja ni) bukan la over baget membelanja kami, tetapi dia hanya membelanja kami hanya mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3.20 sahaja..sebab RM30 tu hasil dari pertolongan dia pada kakak tu..so buat sahabat ku yang membelanja kami, ingat la…pahala mu pada hati itu berganda2 ALLAH balas..bermula dari puasa sunat, seterusnya menolong kakak KLPI yg betul2 perlukan maklumat 2 maksudnye anta syeikh telah menyelesaikan kesulitan org lain..pahala besar tu syeikh..seterusnya membelanja kami makan..tiga orang sekali makan…bayangkan pahala membelanja orang makan,menghilangkan kelaparan org lain satu jihad yang xterkira banyknya pahala..cuba fikir,agak2 bile lagi anta syeikh dapat belanja kawan ni makan kalau x berlaku kejadian menolong kakak 2..syeikh, pahala anta pada hari tu berganda2 allah bagi..so, moral of the story BELANJA2 SAHABAT ANDA..hehehe..bukan la..tapi dengan RM3.20 je anta syeik telah mendapat pahala berganda2 pada ari tu..mane mungkin zaman sekarang hidup di bandar elit ni nka belanja org dengan jumlah RM3.20????fikir2kan la..


Sebuah Mahar Cinta
www.iLuvislam.com
tuan mohd rezza
editor : everjihad

Nabi saw bersabda;

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://farm4.static.flickr.com/3265/3203794736_af19e3e1f0.jpg?v=0

Persediaan Melayarkan Sebuah Bahtera Kasih

Orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.

Bersedialah dari sekarang, kemantangan anda dinilai, sebelum sebuah bahtera perkahwinan bersedia dilayarkan. Penulis berpandangan isteri beragama yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak semestinya diukur dari sudut jurusan ilmu atau bidang pengajian semasa di universiti, tetapi akhlaknya dan sejauh mana amalannya terhadap ilmu-ilmu syariat yang dipelajarinya walaupun sedikit.

Lebih penting hikmah yang diperolehinya setelah amalan dilakukan dengan ikhlas. Disiplin akademik di universiti tidak penting. Mungkin seseorang itu dari bidang sains tetapi luas pembacaannya tentang lapangan ad Din, dan mempelajarinya melalui saluran tepat secara formal atau tidak seperti menghadiri kuliah di masjid, menonton program televisyen berbentuk perbincangan agama, dan sebagainya.

Kita perlu pada anjakan paradigma, sepertimana ditonjolkan oleh baginda saw sebagai seorang suami, terutama dalam menilai sifat agama pada perempuan yang hendak dicari sebagai isteri. Menilai terlebih dahulu dari sudut hati atau batiniah sebelum lahiriah.

Ujian selepas berkahwin

Penulis merasakan ramai sekali isteri yang meminta perhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.

Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, sebuah kehidupan akan menjadi seimbang. Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.

Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Bila dah faham, maka tidak berlakulah isteri dan suami 'bermain kayu tiga', dan menjadi bahana adalah anak-anak.

Sebuah perkahwinan itu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dalam erti kata yang sebenar-benarnya, interdependence- saling bergantung- Banyak pasangan suami isteri yang terkandas bila sampai pada bab ni. Perempuan kena belajar untuk mencintai dirinya sendiri, sebelum untuk mencintai suami dan anak-anaknya. Persiapan ini perlu, sebagai persedian awal sebelum berumahtangga. Seorang perempuan memang dalam fatrah masa sepuluh tahun pertama perkahwinan, akan merasa seolah-olah tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang diperlukan terutama ketika emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Cuba dekatkan diri dengan teman yang sudah berumahtangga, mungkin usia perkahwinan mereka lebih tua, untuk berkongsi itu, dan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal emosi yang membuak-buak.

Merancang masa secara berkala

Pada zaman sekarang suami isteri bekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta. Apabila ini berlaku iaitu suami isteri bekerja, penulis dapati isteri lebih penat daripada suami, kerana selepas balik kerja mereka terpaksa menguruskan rumahtangga.

Kalau ada anak-anak yang masih kecil, penat mereka lagi bertambah. Tiada akses masa yang terancang, untuk diri dan keluarga. Penulis berpendapat sebahagian besar masa dan sudah tentu tenaga telah diragut untuk negara.

Bekerja sampai overtime, lupa untuk menyediakan keperluan untuk isteri, suami, dan anak-anak, terutama kasih sayang. Akibatnya tenaga untuk keluarga, termasuklah pendidikan anak dan juga hubungan intimasi keluarga amat berkurangan dan lesu.

Kadangkala untuk konsisten membaca el Quran dan melakukan solat sunat juga terbengkalai begitu sahaja. Kitab-kitab yang berguna tidak mampu dibaca dan dihabiskan, malahan hampir tiada akses masa untuk memperolehinya.

Dunia Barat telah mengalami lima puluh tahun lebih awal keadaan pekerjaan yang membebankan akibat kurang akses kepada masa bersama keluarga. Akibatnya keruntuhan moral anak-anak menjadi-jadi.

Gejala sosial tidak sihat sudah menjadi lumrah hidup, gara-gara kurang perhatian dari seorang ibu dan bapa. Mereka telah berusaha memperbaiki sistem ‘rat race’ tersebut. Mereka telah belajar dari kesilapan. Pembahagian jumlah kerja dan bilangan tenaga kerja telah dibahagi lebih adil. Kini mereka kembali menikmati masa bersama keluarga dan akses kepada masa rehat dan aktiviti membaca, bersukan atau seni untuk ‘recharged’ minda, fikiran dan perasaan mereka. Nampaknya sistem kita sudah terbalik dan cuba mengulangi kesilapan mereka.

Jika diperbetulkan hubungan intimasi ini, maka rintangan ini juga mudah diperbaiki dengan penuh bertenaga dan segar.

http://farm4.static.flickr.com/3437/3195913042_a3b31f9cf1.jpg?v=0

Bercinta Hingga Ke Syurga

Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi, namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalah hati.

Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.

Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang ditujukan.

Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].

Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.

Pesan-Memesan

Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian.

Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Ameen.

MALAM BERSAMAMU PALESTIN

HENTIKAN TANGISAN KU


ya tuhan...apa yang saudara ku rasai sekarang ini disana? adakah mereka gembira seperti mana daku disini?adakah mereka mampu berborak2 dengan kawan-kawan rapat mereka?adakah mereka masih memikirkan kedai makan mane yang mereka nak pergi selepas ini?ya tuhan..kehidupan mereka tidak same dengan daku disini..andainya ALLAH tukarkan ape yang mereka rasa kita rasa dan yang kita rasa mereka rasa, bagaimana agaknya???

wahai sahabat sekalian, aku tersentap bila baca paper semalam yang ada laporan menyatakan bahawa peperangan di bumi palestin adalah peperangan penghapusan etnik palestin. sedarlah semua, sebenarnya peperangan yang berlaku disana adalah
peperangan akidah, perjuangan akidah, tangisan akidah dan kematian mempertahankan akidah. peperangan dibumi palestine adalah suatu peperangan yang mewakili kita semua, yaa! kita semua...! tapi hati kita mati dengan tidak merasa perjuangan mereka disana..mati dengan makanan yahudi, mati dengan pakaian yahudi, mati dengan hiburan yahudi, mati dengan politik yahudi...bodoh!siapa bodoh?tanya la hati....

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA


Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

jom berprogram bersama kami

Program motivasi yang kami jalankan mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Kekuatan program ini terletak pada modulnya dan fasilitatornya yang mempunyai pengalaman dakwah yang luas di dalam membentuk sahsiah diri seseorang insan.

Modul dan Perjalanan Program
1. Modul-modul yang disediakan adalah hasil kajian dan pengalaman dakwah yang digabungkan dengan kepakaran professional dari golongan academician, pembangunan sumber manusia, pentadbir, pengurus dan trainer.
2. Dalam menyampaikan modul kami sangat mengambil berat tentang adab-adab penyampaian ilmu agar sentiasa di dalam keadaan dipimpin dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Pemilik segala ilmu.
3. Modul-modul ini dipersembahkan secara interaktif dengan menggunakan kaedah kontemporari bersifat multidimensi.
4. Modul-modul disampaikan di dalam bahasa yang lunak, mudah dan menyentuh hati.
5. Sepanjang perjalanan program akan dipenuhi dengan doa-doa, zikir-zikir dan alunan nasyid tema yang ada kaitannya dengan tajuk kuliah untuk
penghayatan peserta.
6. Sembahyang fardhu secara berjemaah diwajibkan untuk mencetuskan suasana keharmonian dan ketenangan sepanjang program.
7. Disiplin peserta amat dititik beratkan sepanjang program seperti akhlak,pergaulan, penjagaan masa dan adab-adab yang murni.

8. Setiap aktiviti yang dijalankan terfokus untuk mencetuskan kesedaran, keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri supaya bertekad untuk melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.Perubahan ini merupakan hidayah dari Allah S.W.T.

kereta saper ni??

sajak : "kisah seorang adam"

Kisah seorang adam

Hati ini berjiwa suci

Sesuci embun dinihari

Tak kan tercemar walaupun sekali

Kerna ku kenali siapa diri ini

Aku adalah seorang pemimpin insan

Menyeru kearah kema’arufan

Kata-kata ku dijadikan panduan

Inspirasiku menjadi sanjungan

Ku yakini diri ini seutuh awan di langit tinggi

Tak kan rebah andai taufan menemani

Sinar impian ku takkan sirnah lagi

Kerna diri ini ku kenali

Sedetik dihati terasa sunyinya alam ini

Bagai hati yang terkunci di sangkar baiduri

Ingin Mencari cinta dari sang puteri

Buat Tempat mengadu luahan rindu di hati

Lantaran itu ku temui seorang bidadari

Ku rasa dialah penyeri dihati yang sepi

Mengubat nestapa seorang lelaki

Ku yakini dialah cinta ku yang sejati

Setiap saat berlalu pergi

Ku lakarkan namanya pada setiap helaian diari

Celik mata ku bagai si buta berlari sendiri

Tidur mimpi ku bagai ku cipta sendiri

Ku hayut di buai leindahan wajah penyeri duniawi

Masa ku hasibkan melayan kata-kata hati

Tak cukup ku luahkan pada jari jemari

Ku untaikan pada kalam perbicaraan yang tiada henti

Asyik daku hingga terlupa pada teman disisi

Kejantanan sebagai pejuang ilahi pudar warnanya

Teman tak ku peduli kerna daku sudah miliki insan di hati

Semangat yang dulu tak ku hiraukan lagi

Semuanya kerna ku sudah miliki cinta yang ku cari

Dulu daku lah pemuda pembakar motivasi

Dulu daku lah pemuda yang dicontohi

Kini hidup ku hanya pada cinta dihati

Kini ku layan rindu gelora insan ku cinta

uwise cipta