NAJIB UMUM TARIKH PRU13?!

Bila bertemu rakan-rakan,sering kali berteka teki berkenaan tarikh PRU 13.
pikir punya pikir yang tahu jawapannya adalah ALLAH SWT. terbawa teka teki ini kedalam tidur sehingga termimpi-mimpi yang saya bertemu PM Najib dan berbisik pada saya yang PRU13 adalah hujung bulan MEI..hmm,minpa hanya mainan tidur, jadi jangan sesiapa percayainya.

5 TIPS UNTUK RAKYAT KETIKA HAMPIR PRU :

  1. jangan menjadi agen penyebar fitnah dalam laman sesawang termasuklah FB sebelum sesuatu isu itu dinilai dari pelbagai hujjah dan bukti.
  2. luaskan pembacaan dan penyelidikan untuk sesuatu isu dengan membaca pelbagai paper,dengar banyak sumber berita dan baca website rasmi pemimpin parti berkenaan.
  3. buat kronologi isu tersebut dengan menganalisis sumber asal isu tersebut wujud.
  4. berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub dan tidak terlalu meragui.
  5. fikirkan untuk kepentingan MASA DEPAN kita dan anak-anak kita.


Cabaran anak seusia 7 bulan


Sudah kesekian kali blog ini tidak disapu sarang labah-labah yang kuat bersarang disini.. tapi ALHAMDULILLAH, bila di lihat view setiap hari ada je yang berkunjung untuk membaca info-info dan maklumat tambahan yang ada di blog yang daif ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Kesibukan sebagai bapa baru bagi cahayamata lelaki yang bernama wan muhamad wazif irfan membuatkan hilang rasa cinta nak menulis diblog ini. Tambahan lagi sekarang sedang sibuk untuk bangunkan perniagaan sampingan berasaskan herba semulajadi..in sha ALLAH tunggu kemunculan anak sulong bisnes kami BIOFERA VCO. sekarang sedang majukan website biz
Semasa saya menulis blog ini,anak saya sudah 7 bulan usianya.. Jom sama kita kenali sikap dan karenah anak seusia 7 bulan.
Bila sudah masuk 7 bulan, anak saya sudah pandai menggerakkan badannya dari satu kawasan ke satu kawasan. Maksudnya, sudah pandai menghengsut badannya kehadapan. Awal minggu pertama masuk 7 bulan,dia menunjukkan aksinya menghengsut kebelakang. Kalau dilihat macam ulat yang berjalan-jalan. Diangkat punggungnya tinggi dan dilepaskan..jadi pergerakkannya kebelakang. Bila sudah masuk minggu ke 2 dalam usia 7 bulan,dia dah tunjukkan aksinya macam askar komando merangkak. Memang xsempat kita kejar la..nampak sahaja barang yang menarik minatnya dia terus kejar sehingga dapat. Pada waktu ini lah,semua barang-barang berharga dan barang yang berbahaya perlu disimpan ke tempat yang selamat. Terutama sekali wayar-wayar elektrik,perlu ditinggikan. Dirisaukan bila sudah digenggam anak kecil ini, digigit dan hisapnya. Walaupun wayar elektrik ada pelindungnya, manatahu kot2 ada kebocoran dan ada renjatan.
Anak kecil seusia 7 bulan ini suka mendengar dan melihat perkara-perkara yang bergerak-gerak, seperti pokok-pokok, kipas atau cerita-cerita kartun. Kita sebagai ibubapa perlu memilih cerita-cerita yang elok.  Otak anak seusia ini sedang merekod apa sahaja perlakuan, percakapan dan bunyi-bunyi untuk ditiru dan disetkan di minda anak-anak kita. Jadi seeloknya kita terapkan cerita yang berunsur teladan dan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran. 
Makanan anak seusia 7 bulan memang sangat suka makanan yang sejuk dan manis. Dan sudah pandai memilih makanan yang dia suka. Bila dimakan makanan yang tidak sedap dia akan muntahkan balik makanan itu.hmm, biasalah anak kecik sehari 5 ke 8 pasang baju kena tukar. Anak sedang membesar maka besar juga kesabaran yang diperlukan.
Antara resepi untuk makanan anak seusia 7 bulan:
·       Nasi dicampur dengan badam (dikisar berasingan takut badam tidak hancur sepenuhnya)
·         Nasi dicampur dengan karret merah( direbus bersama dan dikisar)
·         Nasi dicampur dengan labu (direbus dan dikisar bersama)
·         Nasi dicampur sedikit madu lebah (dikisar)
·         Pisang (dikisar atau dilenyetkan)
·         Sup cendawan
·         Sup ayam dikisar dengan nasi (jadi macam bubur nasi ayam)
·         Ikan rebus tawar dibuang tulang dan dikisar dengan nasi.
·         Kismis dikisar. (cari kismis yag tidak berbiji)
Anak kita suka makan tetapi kena lihat kelakuan fizikal anak juga. Sebab ada juga anak yang elegik dengan makanan-makanan tertentu seperti kacang dan cendawan. 
Petua orang lama bila nak tahu anak kita sedang berangin-angin perutnya lihat pada ubun-ubunnya..kalau Nampak dan rasa macam sedikit berbukit maka anak kita berANGIN la tu. Apa yang perlu kita buat?? Jangan panik, sapukan minyak panas khas untuk bayi di betis, perut dan tapak kaki.
ALHAMDULILLAH,sedikit perkongsian saya sebagai bapa yang mishali. 

“didiklah anak dengan sebaik-baik didikan kerana dia adalah harta pusaka kita yang sangat bernilai”