 |
fazdilah come to me vs dato dr fazdilah 5 |
TEKNIK BELAJAR BERKESAN
|
Pengenalan
|
|
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan
belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan
beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
|
|
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang
paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini
terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.
|
- Recopy
[salin semula]
- Rework
all model 5 x
[buat semula contoh/cepat/5x]
- Recite
out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
- Recheck
[semak semula]
- Reasonnablenes
[jawapan berpatutan/sebaliknya]
- s-sumarize
[ringkaskan nota penting]
- t-test
your self [uji diri anda]
- u-use
[gunakan]
- V-visualize
[bayangkan selalu]
|
Teknik
Belajar Secara Pembayangan
|
Kita mempunyai apa yang dinamakan
otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik'
seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi
dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan
aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi
dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita
menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita
selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau
adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah
peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan
perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini
belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya
telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan
gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan
pelajaran.
Teknik pembayangan perlu
penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang
sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa
duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa
di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan
berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam
suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf
dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan
tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk
anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata
pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di
tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan
ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan
khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha
ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
|
Rahsia-rahsia di sebalik
pengurusan masa pelajar cemerlang.
|
Baca lagi »