NAJIB UMUM TARIKH PRU13?!

Bila bertemu rakan-rakan,sering kali berteka teki berkenaan tarikh PRU 13.
pikir punya pikir yang tahu jawapannya adalah ALLAH SWT. terbawa teka teki ini kedalam tidur sehingga termimpi-mimpi yang saya bertemu PM Najib dan berbisik pada saya yang PRU13 adalah hujung bulan MEI..hmm,minpa hanya mainan tidur, jadi jangan sesiapa percayainya.

5 TIPS UNTUK RAKYAT KETIKA HAMPIR PRU :

  1. jangan menjadi agen penyebar fitnah dalam laman sesawang termasuklah FB sebelum sesuatu isu itu dinilai dari pelbagai hujjah dan bukti.
  2. luaskan pembacaan dan penyelidikan untuk sesuatu isu dengan membaca pelbagai paper,dengar banyak sumber berita dan baca website rasmi pemimpin parti berkenaan.
  3. buat kronologi isu tersebut dengan menganalisis sumber asal isu tersebut wujud.
  4. berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub dan tidak terlalu meragui.
  5. fikirkan untuk kepentingan MASA DEPAN kita dan anak-anak kita.


1 comments:

  1. Unknown berkata...:

    singgah baca entri..