GERHANA BULAN 16 JUN 2011- MAHA SUCI ALLAH





GERHANA BULAN

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. 
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s


SABDA NABI:
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi
Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat
berjamaah)”.
 Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali
dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula.
Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata:
Belum pernah saya sujud lama, seperti 
lamanya sujud solat gerhana itu”.
 (Hr Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

1)- Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2)- Takbiratul Ihram

3)- Doa Iftitah
4)- Membaca surah al-Fatihah
5)- Membaca Surah al-Qur’an
6)- Rukuk
7)- Iktidal
8)- Membaca Surah al-Fatihah
9)- Membaca Surah al-Qur’an
10)- Rukuk
11)- Iktidal
12)- Sujud
13)- Duduk antara dua sujud
14)- Sujud kali kedua
15)- Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)- Membaca surah al-Fatihah
2)- Membaca Surah al-Qur’an
3)-Rukuk
4)- Iktidal
5)- Membaca Surah al-Fatihah
6)- Membaca Surah al-Qur’an
7)- Rukuk
8)- Iktidal
9)- Sujud
10)- Duduk antara dua sujud
11)- Sujud kali kedua
12)- Duduk untuk tahiyyat akhir
13)-Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Khutbah Ringkas Selepas Solat.
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.
Imam Syafie rahimahullah berkata:
Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344. (MOHON PERKONGSIAN JEJAKJEJAKA)







0 comments: