IMAM MUDA MUSIM KE-2 2011


bercerita berkenaan imam muda, memang memecahkan tradisi...power la imam muda..!! muda2 dah jadi imam, biase orang akan kata imam ni hanya yang tua2 sahaja. TAHNIAH ASTRO OASIS satu pembaharuan dalam dunia ISLAM.


www.kosmo.com.my



10 pencalonan akhir untuk imam muda musim ke-2 bagi tahun 2011. Setelah beribu-ribu yang hadir untuk sesi uji bakat yang dilakukan oleh astro hanya 10 sahaja yang terhebat dan terpilih untuk menjadi ikon remaja.


  1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
  2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
  3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
  4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
  5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
  6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
  7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
  8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
  9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
    1. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam
SEPERTI dalam blog Amirez kenapa nama yang kedua itu dihitamkan


..kenape yeee?? MOHD HASSAN ADLI YAHAYA  adalah suatu nama yang tidak asing lagi buat kami. kami adalah kelompok keluarga dari IPMINDA . bercerita berkenaan perwatakan IMAM MUDA HASSAN ADLI INI , dia merupakan seorang yang pemalu macam saudara azhadi kita la (diam2 ubi berisi) tetapi apabila imam muda hassan berceramah pasti memukaukan semua peserta, mesti la starting mesti dengan alunan nasyid yang memukau dan merdu. Al-maklum la HASSAN juga merupakan artis nasyid yg tidak asing lagi di bumi M'sia ini. teringat semasa bersama2 dalam menjayakan program under IPMINDA, hassan hadir mesti dengan muka mengantuk(sory ye hassan)..nak tahu kenapa dia selalu mengantuk?? hassan seorang yang saNgat tekun dalam mempelajari ilmu termasuk lah ilmu tarannum AL-QURAN waktu pembelajarannya ialah dalam lingkungan 12 tgh malam ke atas (itu sebab dia mengantuk)..katanya waktu itu adalah waktu yang sangat sesuai untuk melatih suara. dan hasilnya...dapat juga menjadi finalis AKADEMIK AL-QURAN (AQ KE-4) 
walaupun tidak berjaya sampai ke final tetapi tetap bangga dengan pencapaian yang dihasilkan. Berkhidmat sebagai pensyarah selepas salah satu institusi pengajian yang terulung di M'sia, pernah dia bgtau yang dia berasa sangat takut bila kena menjadi pensyarah bagi student2 daripada negara asing..tetapi dengan sikap suka mencabar diri dan sikap "think positive" hassan terus dan terus dan terus menjadi HASSAN ADLI.....VOTE FOR IMAM MUDA HASSAN ADLI

semoga BERJAYA!!

0 comments: