SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK

MENEPATI RAMALAN

SEPAH berjaya menjadi JUARA MAHARAJA LAWAK 2011..TAHNIAH!!! RM350K TU HADIAH..

JOZAN NAIB JUARA RM250K

NABIL KETIGA RM150K

JAMBU KEEMPAT RM50K

HADIAH SEMUA LUMAYAN..TETAPI KEUNTUNGAN ASTRO??TEPUK DADA TANYA BIL KITA

JUARA MAHARAJA LAWAK 2011
NAIB JUARA MAHARAJA LAWAK 2011



MAHARAJA LAWAK - FINAL

Minggu hadapan Maharaja Lawak Akhir akan bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Siaran langsung Maharaja Lawak Akhir juga akan bersiaran seperti biasa di Astro Warna (132) dan Saluran HDS

UNDIAN TERKINI
secara sedar atau xsedar sudah 12 minggu saya tengok MAHARAJA LAWAK 2011. dan minggu denpan sudah masuk episode akhir..agak2nya la, berapa juta ASTRO untung dengan rancangan MAHARAJA LAWAK ini.hmm..harap2 ASTRO wat pakej yang sama harga bagi semua rancangan, boleh saya langgan ASTRO untuk mak saya, makcik2 dan pakcik2 kampung saya dan atok maktok saya..haha


Bercerita tentang MAHARAJA LAWAK 2011, saya menjangkakan SEPAH akan menjadi juara dan dinobatkan sebagai MAHARAJA LAWAK MUSIM 2011. Walaubagaimana pun, JOZAN akan berlawak habis-habisan untuk kekal sebagai juara kerana status undian JOZAN tidak pernah berubah kedudukan sejak dari awal (ye ke..yee kot).

JOZAN
setiap minggu saya akan tunggu persembahan dari JOZAN sebab nak tengok kekreatifan mereka membuat lawak..LAWAK TERBARU dan tidak ciplak dari mane2 lawak yang selalu dibaca dan ditengok dalam internet..mungkin pengalaman diaorang tu yang mematangkan dorang. ZIZAN ada kelebihan tersendiri begitu juga dengan JOHAN ada bakat meniru watk org lain...bravoooo JOZAN

Baca lagi »

GERHANA BULAN 16 JUN 2011- MAHA SUCI ALLAH





GERHANA BULAN

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. 
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s


SABDA NABI:
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi
Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat
berjamaah)”.
 Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali
dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula.
Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata:
Belum pernah saya sujud lama, seperti 
lamanya sujud solat gerhana itu”.
 (Hr Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Baca lagi »