jom berprogram bersama kami

Program motivasi yang kami jalankan mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Kekuatan program ini terletak pada modulnya dan fasilitatornya yang mempunyai pengalaman dakwah yang luas di dalam membentuk sahsiah diri seseorang insan.

Modul dan Perjalanan Program
1. Modul-modul yang disediakan adalah hasil kajian dan pengalaman dakwah yang digabungkan dengan kepakaran professional dari golongan academician, pembangunan sumber manusia, pentadbir, pengurus dan trainer.
2. Dalam menyampaikan modul kami sangat mengambil berat tentang adab-adab penyampaian ilmu agar sentiasa di dalam keadaan dipimpin dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Pemilik segala ilmu.
3. Modul-modul ini dipersembahkan secara interaktif dengan menggunakan kaedah kontemporari bersifat multidimensi.
4. Modul-modul disampaikan di dalam bahasa yang lunak, mudah dan menyentuh hati.
5. Sepanjang perjalanan program akan dipenuhi dengan doa-doa, zikir-zikir dan alunan nasyid tema yang ada kaitannya dengan tajuk kuliah untuk
penghayatan peserta.
6. Sembahyang fardhu secara berjemaah diwajibkan untuk mencetuskan suasana keharmonian dan ketenangan sepanjang program.
7. Disiplin peserta amat dititik beratkan sepanjang program seperti akhlak,pergaulan, penjagaan masa dan adab-adab yang murni.

8. Setiap aktiviti yang dijalankan terfokus untuk mencetuskan kesedaran, keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri supaya bertekad untuk melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.Perubahan ini merupakan hidayah dari Allah S.W.T.

0 comments: