menanti sahrawi hakiki


Menanti sahrawi hakiki
Ini bermula lah sebuah kisah seorang pemuda yang penuh dengan bunga cinta dan harapan. Khairul irham merupakan seorang pemuda biasa yang bakal menjadi seorang guru tetapi bercita-cita ingin menulis namanya diantara barisan jutawan islam. Besar harapannya maka besar lagi perjuangan yang perlu dia tempuhi. Dalam perjalanan perjuangan ini irham berasa satu kekosongan dalam hatinya. Tatkala melihat teman-teman akrabnya yang lain sudah pun memiliki permaisuri dalam hidup mereka. Ada yang sudah menjadi ayah ada juga yang bakal menjadi ayah tetapi irham masih lagi mencari-cari teman hatinya. Keluarga irham sudah mendesak untuk melihat siapakah puteri disebalik putera kesayangan mereka. Maka bermula la pencarian nya...


Hati irham teramat kecewa bila penantiannya selama 6 tahun pada seorang puteri yang irham amat nantikan selama ini. Dari sekolah sehingga kealam universiti irham bersabar menunggu dengan penuh harapan. Irham tak mampu meluahkan rasa pada puteri tersebut kerana mungkin terlalu awal dan irham menghormati keluarga puteri idaman tersebut. 6 tahun menunggu cinta tak terbalas, lukanya lama untuk dirawat bila lamarannya ditolak kerana perbezaan kerjaya dan terhalang oleh insan lain. Sakitnya teramat dalam, lukanya teramat parah…sujud irham pada ilahi mohon kekuatan dan pertunjuk.
Lama irham membisu dalam soal mencari puteri hatinya. Disaat kebisuan jiwa, hatinya diketuk oleh seorang gadis muda umurnya disaat irham berjuang mengisi kesunyian hatinya di program mendidik remaja. Auni hasfira namanya…indah namanya sepadan dengan pemilik nama tersebut. ketika tiba di program motivasi itu irham bertanya pada sahabatnya “ asrul!! Siapa fasi baru tu?rasa macam pernah lihat tapi…….emmm” “ir..amboi,pantang tengok perempuan cantik terus je macam kenal” kami berdua buat muka lawak antara satu sama lain. “entah lah, macam terasa sesuatu terdetik dihati ni..biar la,.panahan syaitan kot…fokus2 pada perjuangan ni ir ” bicara irham dengan hatinya..kekadang terasa ingin bertanya dan tegur insan cantik itu tapi irham takut dia akan jatuh cinta “lantak la…perasan lebih la aku ni, siapa la aku ni” marah irham pada dirinya sendiri.
Pada suatu hari, semasa perjalanan pulang ke ibu kota irham tertanya satu soalan padanya. Mengigil jiwa irham kerana segan dengannya. ..bermula soalan pertama itu la kami mula serasi dan rasa macam cepat akrab walaupun tempoh perkenalan kami singkat sahaja..pelbagai peristiwa dan laluan jalan perkenalan kami, semuanya manis-manis belaka. Adakalanya kami rajuk merajuk antara satu sama lain, adakalanya irham kena mengalah bila teka teki tak dapat dijawab kadang kalanya irham terasa janggal bila Auni tiada bersama irham disaat saat indah.
Gelora jiwa irham berkecamuk, dia mendapatkan nasihat kawan-kawan mengenai perasaan yang ada dalam hatinya. “ auni tu muda lagi mampu ke ir nak didik dan jaganya..boleh ke keluarga ir terima keluarga auni?” bertubi-tubi soalan mengamik suasana seketika disaat irham meluahkan rasa pada kawan karibnya Adila. “dila bukan ape ir, dila takut ir tak mampu nak jaga auni..tapi kalau ir rasa ir kuat dan mampu nak teruskan hubungan terpulang la tapi dila rasa ir boleh..buat la istikharah ye ir ” nasihat adila pada irham. “ auni tu macam suka je kat ir, cuba la luahkan rasa ir..mana tau ada jodoh” kata asrul. Irham terdiam seketika…”ya ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik pada hamba mu ini” rintih irham disetiap solatnya.
Indahnya hari ini, irham mendapat satu semangat baru dan memberanikan dirinya untuk merisik khabar dari auni..bermula dengan berbalas balas sms irham mencelah dengan menyatakan “ir nak melamar auni jadi teman ir” sms dihantar. Lama menunggu balasan sms dari auni, “ya allah..apa aku dah buat ni..nanti auni tak suka berkawan dengan aku lagi..” tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk ke dalam phone irham..dari auni, dengan nama Allah, irham membaca balasan dari auni.. “kenapa ir suka auni? Apa bukti ir suka auni dan bukan main-main?” sms dari auni..irham membalas “sifat suka pada kanak-kanak yang terserlah telah menambat hati ir, dan tepat jam 10 pagi esok ir akan berdiri depan kolej auni belajar untuk membuktikan ir betul2 ikhlas”. Perbincangan kami sudah semakin serius.. auni memberi respon “ xyah la datang jauh2, mcm ni..kalau ir betul ikhlas ir datang rumah minta restu dari mama dan abah auni..family setuju auni pun setuju”. Pada saat itu irham tak dapat gambarkan satu perasaan yang teramat-amat indah bila diberi peluang itu… “ya Allah, andai dia yang terbaik buat ku satukan hati ku dan hatinya” doa irham didalam sujud syukur irham pada pencipta cinta.
Kisah ini belum lagi berakhir, ini permulaan bagi penantian cinta irham…tunggu novelnya dipasaran tidak lama lagi…
Andai irham jatuh cinta…
Akan ku cepatkan pembinaan mahligai rehda ilahi
Akan ku sanjungi dia dengan penghormatan seorang puteri larangan
Akan ku jaga hatinya dan hati ku dari fitnah durjana
Pada mu cinta…
Aku inginkan kesetiaan dan kejujuran yang ada dihati mu, walaupun detik perkenalan kita hanya sedetik sahaja ini tidak bererti aku akan mengkhianati kejujuran dihati ku ini. Cinta…ku pohon pada mu agar dikau tetap dalam kesucian hati, kau nilaian yang tiada dapat aku gadai dengan tujuh lautan mutiara..kau cukup bererti bagi ku..ku tidak melihat kecantikan yang ada pada mu sesuatu yang kekal, ku juga tidak tergoda dek ayunya wajah mulus mu, tetapi ku melihat keindahan sikap mu yang mampu meluahkan kasih sayang pada anak-anak ku nanti..kecerdikan akal mu dan kesempurnaan hormat mu pada insan lain…andai ditakdirkan bersama didunia ini, akan ku jadikan kita berdua tetamu ALLAH dan akan ku bawa mu sujud dihadapan kiblat cinta seluruh insan didunia..akan ku kenan kisah cinta Nabi Muhammad di tanah barakah lagi suci..
Ku akui ku silap, berikan aku peluang kedua untuk ku buktikan cintaku pada mu…
episode baru bermula
Khairul irham sahrawi

2 comments:

  1. Siti Nura berkata...:

    aku tnggu citer ni jd realiti..de kat pasaran. ;)

  1. Nadirah Ahmad Azam berkata...:

    hebat cerita enta ni..